Sabtu, 16 Jun 2012

Air Mata Bonda

Anakku, Permata hatiku..
Amanah dari Allah buatku..

Demi Allah,
Tidak pernah bonda membenci anakanda, apatah lagi membuang anakanda..
Sudah bonda jangkakan, jauh di masa lalu..
Di saat bonda terpaksa melepaskan anakanda ke pangkuan insan yang lain..
Sudah tertanam di benak fikiran bonda, akan persoalanan yang anakanada ajukan ini..

Anakanda, maafkan bonda di atas ketidakupayaan bonda untuk mempertahankan anakanda..
Percayalah, bonda tidak pernah membezakan anakanda dengan zuriat bonda yang lain..
Dalamnya luka di hati bonda, disaat bonda mendengar kalimah "membuang anakanda"
Mana mungkin, bonda membuang anakanda..
anakanda lah yang ditunggu bonda selama ini..
anakanda, permata pertama yang lahir di mahligai cinta bonda & ayahanda..
menjadi pelengkap kepada masjid yang dibina kerana Allah..

Tiada siapa yang tahu kecuali Allah, tangisan hati bonda di saat bonda melepaskan anakanda..
bukan kerana wang, bukan juga kerana bonda tidak lagi berupaya untuk menjaga anakanda..
tapi demi sebuah perhubungan,pertalian dan keutuhan masjid yang bonda bina ini..
anakanda tidak akan faham, apa yang bonda rasakan..

anakanda dekat dengan bonda, tapi sukar untuk bonda peluk dan membelai anakanda..
5 tahun tempoh masa buat bonda anakanda,
bonda sekadar menyuapkan makanan, membersihkan pakaian dan memandikan anakanda untuk tempoh itu..
tidak sekali, bonda di beri satu peluang untuk melepaskan rindu pada anakanda..
dari jauh bonda menyaksikan anakanda..
sehinggalah Allah mengurniakan bonda seorang lagi zuriat setelah 5 tahun usia anakanda.

sehingga kini, kesedihan itu dirasai bonda..
meskipun kini anakanda sudah meningkat dewasa..

bonda sayangkan anakanda..bonda tidak pernah meminggirkan anakanda apatah lagi cuba membuang anakanda dari hidup bonda..

segala kepahitan, bonda telan sendirian..
demi sebuah kehidupan buat anakanda..
sungguh, bonda tidak pernah merelakan anakanda diambilnya..

seandainya, anakanda memahami peristiwa sebenar yang berlaku..
pasti kebencian yang anakanda curahkan pada insan itu..
tapi bonda tidak mahu semua itu berlaku..

jika itu kebenaran yang mereka sampaikan kepada anakanda..
hanya senyum yang bonda dapat pamerkan..
tapi percayalah, kasih bonda tidak akan pernah hilang buat anakanda..
dan ketahuilah, tidak akan pernah bonda salahkan anakanda...

kerana

Anakanda Permata & Jantung Hati Bonda


* Di sebalik kegembiraan wajah, terselitnya berjuta kesedihan & kekecewaan..Wajah itulah, yang mewujudkan seribu tanda tanya di kotak fikiran Dalila..dan Dalila cuba rungkaikan satu persatu..Moga kesabaran itu milik insan itu..

Tiada ulasan:

Terima Kasih kerana berziarah... Jemput Datang lagi... Sama - sama berkongsi....