Anakku, Permata hatiku..
Amanah dari Allah buatku..
Demi Allah,
Tidak pernah bonda membenci anakanda, apatah lagi membuang anakanda..
Sudah bonda jangkakan, jauh di masa lalu..
Di saat bonda terpaksa melepaskan anakanda ke pangkuan insan yang lain..
Sudah tertanam di benak fikiran bonda, akan persoalanan yang anakanada ajukan ini..
Anakanda, maafkan bonda di atas ketidakupayaan bonda untuk mempertahankan anakanda..
Percayalah, bonda tidak pernah membezakan anakanda dengan zuriat bonda yang lain..
Dalamnya luka di hati bonda, disaat bonda mendengar kalimah "membuang anakanda"
Mana mungkin, bonda membuang anakanda..
anakanda lah yang ditunggu bonda selama ini..
anakanda, permata pertama yang lahir di mahligai cinta bonda & ayahanda..
menjadi pelengkap kepada masjid yang dibina kerana Allah..
Tiada siapa yang tahu kecuali Allah, tangisan hati bonda di saat bonda melepaskan anakanda..
bukan kerana wang, bukan juga kerana bonda tidak lagi berupaya untuk menjaga anakanda..
tapi demi sebuah perhubungan,pertalian dan keutuhan masjid yang bonda bina ini..
anakanda tidak akan faham, apa yang bonda rasakan..
anakanda dekat dengan bonda, tapi sukar untuk bonda peluk dan membelai anakanda..
5 tahun tempoh masa buat bonda anakanda,
bonda sekadar menyuapkan makanan, membersihkan pakaian dan memandikan anakanda untuk tempoh itu..
tidak sekali, bonda di beri satu peluang untuk melepaskan rindu pada anakanda..
dari jauh bonda menyaksikan anakanda..
sehinggalah Allah mengurniakan bonda seorang lagi zuriat setelah 5 tahun usia anakanda.
sehingga kini, kesedihan itu dirasai bonda..
meskipun kini anakanda sudah meningkat dewasa..
bonda sayangkan anakanda..bonda tidak pernah meminggirkan anakanda apatah lagi cuba membuang anakanda dari hidup bonda..
segala kepahitan, bonda telan sendirian..
demi sebuah kehidupan buat anakanda..
sungguh, bonda tidak pernah merelakan anakanda diambilnya..
seandainya, anakanda memahami peristiwa sebenar yang berlaku..
pasti kebencian yang anakanda curahkan pada insan itu..
tapi bonda tidak mahu semua itu berlaku..
jika itu kebenaran yang mereka sampaikan kepada anakanda..
hanya senyum yang bonda dapat pamerkan..
tapi percayalah, kasih bonda tidak akan pernah hilang buat anakanda..
dan ketahuilah, tidak akan pernah bonda salahkan anakanda...
kerana
Anakanda Permata & Jantung Hati Bonda
* Di sebalik kegembiraan wajah, terselitnya berjuta kesedihan & kekecewaan..Wajah itulah, yang mewujudkan seribu tanda tanya di kotak fikiran Dalila..dan Dalila cuba rungkaikan satu persatu..Moga kesabaran itu milik insan itu..
Sabtu, 16 Jun 2012
Let's Change Our Lifestyle
LET’S CHANGE OUR LIFESTYLE
“Eh,
10 minit lagi cerita korea yang best tu dah nak mula la..jom duduk depan TV”
-
Amboi! kalau bab
tengok citer, 10 minit dah get ready dah..ermmmm
Jom Tukar
“Eh,
10 minit lagi waktu zohor dah nak masuk ni, jom ambil wudhu’ ”
-
Macam ni kan bagus.
Solat diawal waktu. Sambil menunggu tu, leh baca quran lu jap..
“Best
giler arrr novel “Ombak Rindu” ni..sedih betul. Touching giler arrr.. Kau baca
la..pasti kau akan ingat sampai bila-bila semua dialog dalam novel tu..”
-
Novel cinta pasti
gemar punye..setiap bait kata dalam novel tu dihafal..baca berulang kali pun,
pasti takkan boring punye.. ermmm
Jom Tukar
“Best
kan lau baca al-Quran sambil baca terjemahan ayatnya.. terkandung pelbagai
kisah pengajaran. Lau awak baca sambil meneliti setiap maksud, insya-Allah awak
akan sentiasa mengingati janji-janji Allah buat hamba-Nya yang beriman dan
sebaliknya..”
-
Mudah-mudahan
dengan mengingati setiap janji itu, kita sume dapat melipatgandakan amalan kita
agar lebih dekat kepada Allah, & menjauhkan diri sejauh mungkin dari
perkara yang boleh membawa kita untuk bertemu dengan Azab Allah kelak.
“Woi!
Jom arr tido..sat lagi kul 2.30 pagi nak bangun lak..ada bola wooo..Poland VS Rusia..rugi
wei lau x tengok siaran langsung”
-
Sanggup korbankan
tido, semata-mata untuk satu perlawanan bola sepak?! Hmmmhhh
Jom Tukar
“
Jom kita tido & jangan lupa untuk niat bangun malam. Mudah-mudahan nanti
Allah menggerakkan hati kita untuk bangun malam mendirikan Qiamullai bertasbih
kepada-Nya.”
-
Alhamdulillah..ni
baru betul..kunci jam untuk bangun melakukan ibadah di malam hari.. bukannya
tonton perlawanan bola sampai ke subuh..bila azan je, mata dah mula menemui
mimpi…
*Semoga bermanfaat…Jom Ubah..
Langgan:
Catatan (Atom)