Sabtu, 16 Jun 2012

Air Mata Bonda

Anakku, Permata hatiku..
Amanah dari Allah buatku..

Demi Allah,
Tidak pernah bonda membenci anakanda, apatah lagi membuang anakanda..
Sudah bonda jangkakan, jauh di masa lalu..
Di saat bonda terpaksa melepaskan anakanda ke pangkuan insan yang lain..
Sudah tertanam di benak fikiran bonda, akan persoalanan yang anakanada ajukan ini..

Anakanda, maafkan bonda di atas ketidakupayaan bonda untuk mempertahankan anakanda..
Percayalah, bonda tidak pernah membezakan anakanda dengan zuriat bonda yang lain..
Dalamnya luka di hati bonda, disaat bonda mendengar kalimah "membuang anakanda"
Mana mungkin, bonda membuang anakanda..
anakanda lah yang ditunggu bonda selama ini..
anakanda, permata pertama yang lahir di mahligai cinta bonda & ayahanda..
menjadi pelengkap kepada masjid yang dibina kerana Allah..

Tiada siapa yang tahu kecuali Allah, tangisan hati bonda di saat bonda melepaskan anakanda..
bukan kerana wang, bukan juga kerana bonda tidak lagi berupaya untuk menjaga anakanda..
tapi demi sebuah perhubungan,pertalian dan keutuhan masjid yang bonda bina ini..
anakanda tidak akan faham, apa yang bonda rasakan..

anakanda dekat dengan bonda, tapi sukar untuk bonda peluk dan membelai anakanda..
5 tahun tempoh masa buat bonda anakanda,
bonda sekadar menyuapkan makanan, membersihkan pakaian dan memandikan anakanda untuk tempoh itu..
tidak sekali, bonda di beri satu peluang untuk melepaskan rindu pada anakanda..
dari jauh bonda menyaksikan anakanda..
sehinggalah Allah mengurniakan bonda seorang lagi zuriat setelah 5 tahun usia anakanda.

sehingga kini, kesedihan itu dirasai bonda..
meskipun kini anakanda sudah meningkat dewasa..

bonda sayangkan anakanda..bonda tidak pernah meminggirkan anakanda apatah lagi cuba membuang anakanda dari hidup bonda..

segala kepahitan, bonda telan sendirian..
demi sebuah kehidupan buat anakanda..
sungguh, bonda tidak pernah merelakan anakanda diambilnya..

seandainya, anakanda memahami peristiwa sebenar yang berlaku..
pasti kebencian yang anakanda curahkan pada insan itu..
tapi bonda tidak mahu semua itu berlaku..

jika itu kebenaran yang mereka sampaikan kepada anakanda..
hanya senyum yang bonda dapat pamerkan..
tapi percayalah, kasih bonda tidak akan pernah hilang buat anakanda..
dan ketahuilah, tidak akan pernah bonda salahkan anakanda...

kerana

Anakanda Permata & Jantung Hati Bonda


* Di sebalik kegembiraan wajah, terselitnya berjuta kesedihan & kekecewaan..Wajah itulah, yang mewujudkan seribu tanda tanya di kotak fikiran Dalila..dan Dalila cuba rungkaikan satu persatu..Moga kesabaran itu milik insan itu..

Let's Change Our Lifestyle


LET’S CHANGE OUR LIFESTYLE
“Eh, 10 minit lagi cerita korea yang best tu dah nak mula la..jom duduk depan TV”
-          Amboi! kalau bab tengok citer, 10 minit dah get ready dah..ermmmm
Jom Tukar
“Eh, 10 minit lagi waktu zohor dah nak masuk ni, jom ambil wudhu’ ”
-          Macam ni kan bagus. Solat diawal waktu. Sambil menunggu tu, leh baca quran lu jap..

“Best giler arrr novel “Ombak Rindu” ni..sedih betul. Touching giler arrr.. Kau baca la..pasti kau akan ingat sampai bila-bila semua dialog dalam novel tu..”
-          Novel cinta pasti gemar punye..setiap bait kata dalam novel tu dihafal..baca berulang kali pun, pasti takkan boring punye.. ermmm
Jom Tukar
“Best kan lau baca al-Quran sambil baca terjemahan ayatnya.. terkandung pelbagai kisah pengajaran. Lau awak baca sambil meneliti setiap maksud, insya-Allah awak akan sentiasa mengingati janji-janji Allah buat hamba-Nya yang beriman dan sebaliknya..”
-          Mudah-mudahan dengan mengingati setiap janji itu, kita sume dapat melipatgandakan amalan kita agar lebih dekat kepada Allah, & menjauhkan diri sejauh mungkin dari perkara yang boleh membawa kita untuk bertemu dengan Azab Allah kelak.

“Woi! Jom arr tido..sat lagi kul 2.30 pagi nak bangun lak..ada bola wooo..Poland VS Rusia..rugi wei lau x tengok siaran langsung”
-          Sanggup korbankan tido, semata-mata untuk satu perlawanan bola sepak?! Hmmmhhh
Jom Tukar
“ Jom kita tido & jangan lupa untuk niat bangun malam. Mudah-mudahan nanti Allah menggerakkan hati kita untuk bangun malam mendirikan Qiamullai bertasbih kepada-Nya.”
-          Alhamdulillah..ni baru betul..kunci jam untuk bangun melakukan ibadah di malam hari.. bukannya tonton perlawanan bola sampai ke subuh..bila azan je, mata dah mula menemui mimpi…


*Semoga bermanfaat…Jom Ubah.. 

Selasa, 22 Mei 2012

Mengapa Mesti Berubah???

Berbicara tentang "BERUBAH", Teringat Dalila akan satu ayat dari Kitab Allah,

Firman Allah SWT dalam surah Ar-Ra'd :11 yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

Terjemahan ayat ini, sentiasa bermain di fikiran. Allahuakhbar! Betapa besarnya  kesedaran diri itu. 

Jika dipandang dan diamati :

"Alah, remeh je nak jadi baik" 
 "Muda lagi kot..tak kan la.." 
 "Alah, usia camni kita enjoy la lu" 
 "Rileks rrr"
"Hidayah belum sampai..so nak wat camne?"

Antara ayat yang sering telinga ini dengar, baik di dunia realiti mahupun di kaca TV.

Betul, senang je nak jadi "Baik" tapi bukan senang untuk "Kekal Baik"..Ye la kan, bagi sebungkus nasi kat fakir miskin sekali, boleh la..Bila dah hari-hari si fakir tu asyik minta------Fikir-fikirkan (^-^)

Ok, "Muda" lagi ye..habis tak kan nak tunggu tua dulu baru nak berubah kot. Masa muda ni la, kita nak banyakkan "Beribadat" kepada Allah. Masa kita sihat ni lah, kalau boleh kita nak mengerjakan "Haji" di Baitullah. Nanti bila dah tua-----Renung-renungkan (",)

Memang la kena "Enjoy"..tapi enjoy untuk melakukan ibadat "Sunat" setelah utuh yang "Wajib". Enjoy untuk sama-sama "Mencegah Kemungkaran & Menyuruh Kepada Kebaikan". Bukan enjoy bawa anak dara orang ke hulu ke hilir tau..

Of course la kena "Rileks"..lau tak camne nak solat sujud menyembah kepada Allah, jika diri dalam keadaan gelabah entah bagaimana..asyik tergoyang-goyang je kan..

Hidayah belum sampai?? La macam mana nak sampai, kalau orang tak nak undang dia datang kan..tak kan la ada orang yang nak hadir ke kenduri yang tidak menjemputnya..wat malu je..huhu


Tiada alasan untuk kita meng"ada"kan sejuta sebab..Bila dah diri sendiri yang lari dari semua tu, bila dah diri sendiri yang menolak semua tu, bila dah diri sendiri yang tidak menginginkannya. Ok, mungkin ada yang tidak setuju dengan kata Dalila ni..Apa-apa pun kembali kepada pandangan masing-masing...

Ini satu petikan yang Dalila ambil dari buku karangan Syed Alwi Al-Attas "Allah tidak menetapkan kebaikan atau keburukkan pada seseorang melainkan kerana keadilan dan pengetahuan yang dimiliki-Nya. Jika Allah menetapkan hidayah pada diri seseorang, itu merupakan ganjaran ke atas keupayaan orang tersebut dalam mendekatkan diri kepada-Nya. Ketika Allah menetapkan kesesatan pada orang lain, itu adalah semata-mata kerana orang itu sendir mahukannya" 

Firman Allah SWT dalam surah Ash-Shaff :5 yang bermaksud

"...maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq"

Sama-sama kita renungkan dan fikirkan. Apa perlu untuk kita "Berubah"? Tepuk dada, tanya...ikut lah nak tanya siapa dan apa pun. huhu (^-^)..nite sume..

Terima Kasih kerana berziarah... Jemput Datang lagi... Sama - sama berkongsi....